SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DARIPADA PESONA MALAYSIA

Posted on

Raya Aidiladha adalah di antara salah satu daripada dua perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang disambut pada hari ke-10 Zulhijjah dalam kalender Islam.

Justeru itu, pihak PESONA Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H kepada semua ahli PESONA yang beragama Islam. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.

Apabila Terjaga Di Pagi Hari,
Lihat Semua Berlawa Sakan,
Aidil Adha Berkunjung Lagi,
Marilah Sama Kita Raikan.

Jika hendak pergi beraya,
Pakai mask jangan dilupa,
Ingatlah pesanan Abah kita,
Moga Covid-19 berakhir segera.

Raya Aidiladha juga antara salah satu daripada dua perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang disambut pada hari ke-10 Zulhijjah dalam kalender Islam.

Tahun ini, umat Islam di Malaysia khususnya meraikan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1443H bersamaan pada 10 Julai 2022 iaitu pada hari Ahad.

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban.

Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.

Ikhlas,
Majlis Tertinggi PESONA
10.7.2022
10 Zulhijjah 1443H