Seminar Silat Melayu Antarabangsa 2022 (Hari Pertama)

Posted on

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA), Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Selangor dengan kerjasama Martial Arts Combat Sports Research Network (UiTM), ANS Academy, Summit Features Sdn Bhd akan menganjurkan Seminar Silat Melayu Antarabangsa sempena Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2022 (GSMACC2022) dari 21 – 24 Julai 2022.

Empat tajuk forum yang bakal dikongsi bersama para peminat ialah:

1. Silat sebagai ibu budaya Melayu

2. Silat dan Wanita

3. Silat, Teknologi dan Sukan

4. Silat di Peringkat Antarabangsa

Para penceramah dan moderator yang berpengalaman dan profesional dari pelbagai bidang persilatan bakal memberikan impak dalam program ini.

Semua peminat persilatan dijemput hadir melalui pautan yang akan diberikan di laman web https://www.facebook.com/pesonamalaysiaofficial

Para peminat akan hadir akan diberikan sijil kehadiran untuk program ini.

Jumpa di sana!

SILAT UNTUK SEMUA

#gsmacc2022

#psgfmofficial

#pesonamalaysia

#worldsilatfederation

#silatmalaysia

#fsruitm

#csmarnuitm