KEM KEPIMPINAN SILAT KEBANGSAAN 2020

Posted on

Kem Kepimpinan dan Kejurulatihan Silat Peringkat Kebangsaan 2020 telah berlangsung dengan jayanya di AVI Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan pada 28 – 30 Julai 2020. Program ini adalah program yang pertama dianjurkan oleh Persekutuan Silat Olahraga Nasional (PESONA) Malaysia di peringkat kebangsaan dalam menyediakan para pemimpin sukan yang mahir dalam selok belok pengurusan sukan dan kejurulatihan silat di Malaysia.

Seramai 8 orang pegawai tertinggi di peringkat kebangsaan telah hadir dan lulus ujian kejurulatihan peringkat satu PESONA Malaysia. Pencapaian ini membolehkan mereka membuka kelab silat olahraga dan melatih para pesilat mengikut silibus pengajaran silat berasaskan Special Silat Modules.

Kem selama 3 hari 2 malam ini telah mengabungkan suasana moden dan tradisi di mana para peserta yang hadir telah didedahkan dengan pengurusan sukan peringkat antarabangsa dan sistem kejurulatihan silat bertaraf dunia oleh GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Beliau yang juga pemegang Ijazah Kedoktoran Kejurulatihan Sukan Silat Olahraga dari University of Wales, United Kingdom membentangkan pelan pembangunan silat olahraga dunia selama 10 tahun kepada para pagawai yang hadir.

Diharapkan para peserta yang hadir dapat melaksanakan tanggungjawab yang digalas dalam memastikan PESONA Malaysia di landasan yang tepat dalam membangun dan mengembangkan silat di seluruh dunia.

Syabas kepada semua yang telah bergelar Jurulatih Silat Peringkat Satu (Gelaran Coach) PESONA Malaysia.

Senarai BATCH 01 – mereka yang layak melatih seni silat di Malaysia.