Terbaik, hebat dan tahniah diucapkan kepada Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak (PESONA Sarawak) yang telah berjaya menganjurkan Bengkel Silat Olahraga dan Bengkel Kejurulatihan Silat bermula pada hari Jumaat hingga Sabtu (5-7 November 2021) lepas di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Menurut Presiden PESONA Sarawak, Tuah Idris bin Bujang, penganjuran kali ini adalah bertepatan dengan langkah penganjuran Kejohanan Silat Sedunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Kuching, Sarawak dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, swasta dan badan sukan NGO tempatan dan antarabangsa.
Lima kelab dari Kuching yang melibatkan seramai 50 orang peserta terlibat dalam program ini termasuklah beberapa peserta yang hadir secara dalam talian disebabkan isu kesihatan. Program hibrid ini telah berjaya melahirkan para jurulatih Seni Silat Malaysia Tahap Satu dan juga Pengadil dan Juri Silat Olahraga Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang juga merupakan Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia) hadir selaku Pengendali program. Beliau dibantu oleh 2 orang Master Trainer iaitu GM Aminuddin Anuar (PESONA Sabah) dan GM Mohd Safwan Abu Hassan (PESONA Selangor).
3 sebab mengapa program ini adalah yang terbaik di Malaysia:
- Modul Kejurulatihan Seni Silat Malaysia yang terbaik di dunia.
- Modul Silat Olahraga yang dibentuk berasaskan kajian sains sukan.
- Penceramah yang mendapat pengiktirafan UNESCO-ICM dunia.
Program ini juga telah berjaya melibatkan para guru tua dan guru utama beberapa perguruan tersohor di negeri Sarawak. Mereka adalah:
GURU BOING JALI
GURU TUA KELAB SILAT OLAHRAGA GERAK HIDAYAHT
GURU MOHD BIN SEBLI
GURU UTAMA KELAB SILAT OLAHRAGA BETAWI ASLI
GURU MOHD BIN KERIM
GURU UTAMA KELAB SILAT OLAHRAGA GERAK KUNTAU MELAYU ASLI
GURU ISMAIL BIN ABDUL RAHIM
GURU UTAMA KELAB SILAT OLAHRAGA KILAS PETRA JAYA
Diharapkan badan gabungan lain di bawah PESONA Malaysia dapat menganjurkan lagi program sebegini untuk tujuan pengembangan silat di negeri masing-masing dan sebagai persediaan kejohanan silat olahraga dan silat tempur yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sekali lagi – Tahniah Negeri Sarawak.
Majulah Sukan Silat Olahraga Untuk Malaysia.
Terima kasih dan tahniah Pesona Sarawak
TGAA PSGFM OFFICIAL